loading...
loading...

Tiga Lapangan Terbang Tutup Landasan Kerana Jerebu Makin Teruk


KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Berhad (MAB) dalam satu posting di Twitter hari ini berkata twrpaksa menutup tiga lapangan terbang akibat keadaan jerebu yang semakin teruk.

Ia membabitkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang; Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.
 
"Landasan lapangan terbang diisytiharkan ditutup sehingga dimaklumkan nanti. Semua penumpang dinasihatkan supaya memeriksa dengan syarikat penerbangan masing-masing untuk jaduan penerbangan terkini," katanya.

MAB memaklumkan tahap ketampakan menurun kepada 350 meter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 6.35 pagi.
 
Manakala tahap ketampakan pada 500 meter direkodkan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 7.20 pagi, dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada 7.30 pagi.
 
Bagaimanapun operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) masih berjalan seperti biasa.
 
"Jarak ketampakan di KLIA dan KLIA2 dilaporkan 1000meter pada pukul 8 pagi ini.
 
"Bagaimanapun, semua penumpang masih dinasihatkan supaya memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk jadual penerbangan terkini mereka," katanya.
Previous
Next Post »
loading...