loading...
loading...

SKMM Sekat Laman Web The Malaysia Insider





CYBERJAYA: Laman The Malaysian Insider (TMI) telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ekoran tindakan laman tersebut mengeluarkan kandungan-kandunagn yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menerusi satu kenyataan di Facebok, SKMM berkata sekatan itu juga dibuat berdasarkan aduan-aduan dan maklumat yang diterima dari orang ramai.

Sehubungan itu, SKMM memperingatkan agar portal-portal berita supaya tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya kerana tindakan tersebut boleh mengundang kekeliruan dan mencetus situasi yang tidak diingini.

Previous
Next Post »
loading...