loading...
loading...

(Video&Gambar)PENUH EMOSI: Selepas 38 Tahun, Wanita Berjaya Bertemu Jururawat Yang Merawatnya Semasa Kecil


Selepas beberapa dekatd, Amanda Scarpinati telah menyimpan beberapa keping gambar hitam putih menunjukkan seorang jururawat sedang mendukungnya semasa berumur tiga bulan semasa di sedang dirawat dihospital.

Gambar berkenaan telah diambil pada tahun 1977 di Pusat Perubatan Albany, New York Scarpinati telah jatuh dari sofa ke mesin pelembab udara panas wap. Dia mengalami luka terbakar tahap ketiga di mana hampir seluruh badannya melecur teruk dan kepalanya dibalut dengan kain kasa tebal.

Selepas beberapa tahun dia perlu menjalani beberapa siri pembedahan dan kerana kesan melecur berkenaan dia sering diejek oleh rakan sebaya dan kelasnya.


Tetapi, jururawat berkenaan dikatakan telah bertindak membantu Scarpinati dalam proses pemulihan tanpa mengenal jemu di mana dia menjaga Scarpinati bukan hanya dalam hal perubatan malahan seperti anak sendiri.

"Membesar sebagai seorang kanak-kanak yang cacat kerana terbakar, saya telah dibuli oleh kawan-kawan dan banyak menghabiskan masa bersendirian," 

"Saya melihat gambar jururawat tersebut dan bercakap dengannya, walaupun saya tidak tahu siapa dia. Saya rasa amat selesa memandang wanita ini yang kelihatan begitu ikhlas menjaga saya," katanya dipetik Associated Press.

Beliau berharap sangat-sanagt suatu hari akan dapat bertemu dengan wanita yang mendukungnya itu dan selepas 20 tahun gagal menjejaki wanita berkenaan, dia telah beralih ke media sosial dengan menviralkan gambar berkenaan.

"Saya cuma ingin tahu namanya dan berharap sangat untuk bertemu dan  bercakap dengannya. Sila kongsikan gambar ini supaya orang yang mengenalinya dapat berhubung dengan saya," tulisnya di laman sosial dengan memuatnaik beberapa keping gambar.



Ternyata dengan kuasa media sosial, gambar berkenaan menjadi viral di Amerika Syarikat di mana begitu ramai netizen telah mengkongsikan gambar berkenaan dan satu mesej yang cukup mengujakan telah diterimanya dari seseorang yang bernama Susan Berger.

Ternyata wanita bernama Susan Berger yang menghantar mesej kepadanya itu adalah orang yang dicarinya selama ini.

Berger semasa di dalam gambar tersebut berumur 21 tahun yang baru tamat pengajian di sebuah kolej dan sekarang beliau adalah Naib Presiden Eksekutif  di  Cazenovia College New York di mana menurutnya dia turut menyimpan gambar berkenaan dan selalu bercerita mengenai seorang gadis kecil beliau pernah ambil berat kepada keluarga dan rakan-rakannya.

"Dia sangat tenang semasa itu, biasanya seorang bayi akan menangis atau tidur apabila selesai pembedahan tetapi di begitu tenang apabila dipeluk dan ia sungguh menakjubkan,"kata Berger.

Selepas berhubung mereka telah mengadakan majlis perjumpaan, ternayata majlis berkenaan berlansung dalam suasana yang begitu emosi selepas 38 tahun.


Previous
Next Post »
loading...