loading...
loading...

Kecewa aksi Liverpool

Kecewa aksi Liverpool

STEVE McManaman mengakui kecewa dengan penampilan yang ditunjukkan Liverpool ketika menentang FC Sion saingan Liga Europa, awal pagi semalam.

Pada pertemuan yang berlangsung di Anfield, The Reds sekadar seri 1-1 dan bekas legenda tengah Liverpool itu menilai persembahan anak didik Brendan Rodgers tidak cukup bagus.

Malah, dia melihat kualti dipamerkan Liverpool sangat teruk dan pemain seperti kurang yakin pada diri sendiri.

"Saya fikir itu adalah aksi terburuk Kop. Mereka juga sukar menembusi benteng Sion dan akhirnya lawan berjaya mengikat kedudukan.

"Pemain tidak cukup bagus dan itu boleh memberikan kesan kepada kepercayaan diri mereka. Anda boleh lihat penyokong tidak senang dengan hasil ini.” kata McManaman.

Kelab dari Merseyside itu sebelum ini juga mencatat keputusan seri semasa menentang Bordeaux di Perancis, 18 September lalu.

Malam esok, juara 18 kali Liga Perdana Inggeris itu akan berdepan musuh setempat, Everton dan menjadi titik tolak hala tuju mereka untuk mencabar gelaran liga musim ini.
Previous
Next Post »
loading...