loading...
loading...

Inna lillahi Wa Inna Ilayhi Raji'un : Lutfan Amar pergi jua .. ibu tak mampu sediakan RM35000 untuk pembedahan

Muhammad Lutfan Amar Abdul Fattah, dua bulan, disahkan meninggal dunia di Hospital Taiping, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Perkara tersebut telah disahkan ibunya, Nur Atikah Mohamad Ideris melalui panggilan telefon.

Menurutnya, dia dimaklumkan pihak hospital bahawa anaknya itu menangis sebelum tiba-tiba senyap.

"Selepas itu, dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian, di sini pagi ini.

Kisah Allahyarham pernah dilaporkan Sinar Harian‎ Isnin lalu kerana keluarganya tidak mampu menyediakan kos pembedahan yang dianggarkan mencecah RM35,000.


Mengulas lanjut, Nur Atikah berkata, kali terakhir dia melihat dan bersama anak sulungnya itu ketika membawanya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang semalam.

"Saya redha dengan ketentuan ALLAH dan dijangka akan dikebumikan di Bagan Baharu, Selama kira-kira jam 11 pagi ini," katanya.

Al-Fatihah.

http://4.bp.blogspot.com/-nupTSkKUujs/Vg3WGd7WpqI/AAAAAAAAquw/BQ0cJVPxcm0/s1600/


Sebelum ini ramai yang sempati apa yang menimpa Atikah dan Lutfan ...

“Saya tak sampai hati melihatnya begini.” demikian luah ibu muda, Nur Atikah Mohamad Ideris, 20, mengenangkan nasib bayinya, Muhammad Lutfan Amar Abdul Fattah yang mengidap masalah saluran pernafasan sempit.

Nur Atikah berkata, Muhammad Lutfan yang kini berusia dua bulan hanya dapat pulang seketika ke rumah, sebelum ditempatkan di Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan pemantauan rapi apabila perlu bergantung pada alat bantuan pernafasan.

“Lutfan memang tidak banyak ragam, namun hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan anak sebegini, hanya pembedahan dapat selamatkan nyawanya,” katanya.

Berasal dari Sungai Lempong, Kubu Gajah, di sini, Nur Atikah berkata, dia dan ahli keluarga tidak mampu menyediakan kos pembedahan yang dianggarkan mencecah RM35,000.

Menurutnya, pelbagai usaha sudah dilakukan, namun wang terkumpul masih belum mencukupi.

“Doktor jelaskan pembedahan perlu dijalankan segera bagi memulihkan saluran darah yang sempit, saya sangat bimbang kalau-kalau ia memberi kesan kepadanya jika lambat  dilakukan,” katanya.

Nur Atikah berkata, anaknya itu lahir dalam keadaan normal dan sewaktu bersalin, bayi itu juga tidak menangis.

“Keadaannya baik dan kelihatan sama seperti bayi-bayi lain. Dia tak tunjuk kelainan,  cuma bila dah balik rumah dia tidak mahu minum susu.

"Suara dia pun perlahan, bila dirujuk kepada pakar barulah saya dapat tahu masalahnya,” katanya.

Nur Atikah berkata, dia hanya mampu berdoa kepada ALLAH agar ada pihak yang sudi membantu menyalurkan bantuan supaya proses pembedahan anaknya itu dapat dilakukan segera.
Previous
Next Post »
loading...