Tujuh kemenangan daripada lapan kemenangan membantu Sepanyol untuk di ambang beraksi ke pusingan akhir Euro 2016 sekali gus memburu gelaran ketiga berturut-turut Eropah.
Juara dunia, Jerman kembali menghuni kedudukan kedua dunia mengatasi Belgium namun masih gagal memintas ranking naib juara Copa America tahun ini dan Piala Dunia 2014, Argentina.
Skuad bimbingan Joachim Loew, Jerman mengharungi persembahan baik dengan lima kemenangan dan satu seri daripada enam perlawanan terakhir.
Pemain terbaik dunia tiga kali, Cristiano Ronaldo juga mempunyai alasan untuk meneruskan senyuman selepas meledak gol ke-500 kerjayanya, awal pagi tadi apabila kedudukan ranking Portugal turut melonjak ke kedudukan keempat.
Colombia menghuni kedudukan kelima manakala Brazil di ranking ketujuh diikuti Wales, Chile dan England melengkapkan kedudukan 10 terbaik.
Kedudukan ranking 10 terbaik dunia FIFA
1. Argentina
2. Jerman
3. Belgium
4. Portugal
5. Colombia
6. Sepanyol
7. Brazil
8. Wales
9. Chile
10. England
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon