loading...
loading...

Ferrer mara ke suku akhir tenis Terbuka Malaysia


http://assets.bharian.com.my/images/articles/

KUALA LUMPUR: Pilihan pertama, David Ferrer dari Sepanyol menjadi pemain terakhir melangkah ke suku akhir pada Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Ferrer yang menghuni ranking kelapan dunia menundukkan Radek Stepanek dari Republik Czech dengan keputusan 7-5, 6-3 dalam masa 1 jam 31 minit.

"Perlawanan pertama (selepas mendapat bye) di sini bukan mudah, saya mendapat tentangan hebat dari lawan dan saya perlu baiki persembahan esok (Jumaat).

"Setiap perlawanan berbeza dan Kukushkin pemain yang bagus dan saya perlu rehat untuk bertemu dengannya esok," katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan di sini, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Ferrer akan bertemu Mikhail Kukushkin dari Kazakhstan hari ini bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai AS$1.04 juta (RM4.58 juta).

Sebagai rekod, kejohanan yang bermula Sabtu lalu hingga 4 Oktober ini, Ferrer diletakkan selaku pilihan utama manakala Feliciano Lopez dari Sepanyol, kedua; Ivo Karlovic, Croatia (ketiga); Grigor Dimitrov, Bulgaria (keempat); Viktor Troicki, Serbia (kelima); Jeremy Chardy, Perancis (keenam); Nick Kyrgios, Australia (ketujuh) dan Vasek Pospisil, Kanada (kelapan).

Selain Ferrer, pemain lain yang mara ke suku akhir adalah Grigor Dimitrov (Bulgaria) dan akan bertemu Benjamin Becker (Jerman); Nick Kyrgios (Australia) menentang Ivo Karlovic (Croatia) dan Vasek Pospisil (Kanada) bertemu Feliciano Lopez (Sepanyol).

Bagi aksi beregu pula, pasangan Raven Klaasen dari Afrika Selatan dan Rajeev Ram Amerika Syarikat mara ke separuh akhir selepas menewaskan Rameez Junaid (Australia) / Jonathan Marray (Great Britain) dengan keputusan 7-6 (7), 6-4.
Previous
Next Post »
loading...