loading...
loading...

Cuba Gaun Pengantin, Nora Danish Akan Ke Jinjang Pelamin?



Sumber RK

Pereka fesyen, Ashraff Zainal berkongsi gambar di laman sosial Instagramnya di mana terdapat gambar Nora Danish menggayakan busana pengantin sekali gus perkara ini menjelaskan kepada peminatnya yang dia akan berkahwin tidak lama lagi.
Daripada kapsyen gambar yang dikongsi oleh Asyraf, dia menulis bahawa seseorang akan berkahwin dalam masa yang terdekat namun tidak menyatakan nama individu di dalam gambar tersebut. Peminat Nora yang melihat gambar ini turut sama mengucapkan tahniah.
Jika benar Nora Danish akan berkahwin dalam masa terdekat ini, kami doakan agar segala urusan persiapan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Kami pasti ramai peminat Nora di luar sana sangat gembira dengan berita ini dan tidak sabar untuk melihat artis kesayangan mereka ini untuk ke jinjang pelamin bersama dengan pasangan tersayang, Nedim.
Previous
Next Post »
loading...