loading...
loading...

TIGA TONGGAK TRW KE PULAU PINANG MUSIM HADAPAN?


tiga-tonggak-trw-ke-pulau-pinang-musim-hadapan
Nama Khairul Fahmi Che Mat, Badri Radzi dan Norfarhan sedang hangat dikaitkan dengan Naib Juara Liga Perdana 2015, Pulau Pinang bagi menghadapi Liga Super 2016.
Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F. Tiago ketika ditemui semalam mengesahkan berita berkenaan sekadar khabar angin semata-mata.
"Itu semua khabar angin. Kita sekarang hanya fokus untuk melangkah ke pusingan suku akhir Piala Malaysia dan mengakhiri musim ini dengan baik."
Tambahnya lagi, "Segala ura-ura mengenai perpindahan pemain untuk musim 2016, saya rasa kita tidak sepatutnya cakap lebih dari apa yang perlu kerana sekarang fokus kami hanya untuk Piala Malaysia".
Previous
Next Post »
loading...