loading...
loading...

CHRISTIE DAN SAFEE DAPAT KEPERCAYAAN OKS

christie-dan-safee-dapat-kepercayaan-oks
Pemangku ketua jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee memuji kelibat pemain sayap Christie Jayaseelan sambil mempertahankan aksi Safee Sali setelah kedua-dua pemain itu alami nasib berbeza ketika bertemu Laos pada Khamis.
Skuad Harimau Malaya akhirnya menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa kemenangan tahun ini menerusi kejayaan menundukkan Laos 3-1.

Cristie yang kembali menyertai skuad negara jelas mencuri tumpuan susulan dua jaringan yang dihasilkannya pada setiap babak perlawanan.

Namun tuah tampak tidak memihak Safee selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pada waktu kecederaan.

“Ini berlaku kepada sesiapa sekalipun dan tentunya sesiapa yang ambil sepakan penalti pasti merasa tekanan dan hari ini mungkin bukan hari Safee.

"Tetapi sumbangannya sepanjang 90 minit perlawnan amat baik dan dua gol Christie membuktikan dia mempunyai kualiti untuk bersaing di peringkat yang tinggi" kata Kim Swee.

Kemenangan moral skuad negara turut dibantu jaringan Azamuddin Akil pada minit ke-53.

Sementara itu, jurulatih Laos Steve Darby yang juga bekas pengendali Perak dan Kelantan akur dengan kekalahan itu selepas akui Malaysia merupakan lawan yang kuat.

“Skuad Malaysia masih dalam proses tingkatkan keyakinin diri. Saya berada di Malaysia selama 7 musim jadi saya tahu kalau Malaysia kalah, mereka terlebih kecewa tetapi jika menang, terlebih gembira”

Kemenangan 3-1 ke atas Laos ternyata memberi suntikan semangat buat skuad Harimau Malaya menjelang aksi lawan Timor Leste tetapi pasukan lawan itu turut mempamerkan aksi baik untuk seri 1-1 menentang Palestin dalam saingan terakhir.
Previous
Next Post »
loading...