loading...
loading...

Perak lawan JDT malam ini ditunda

Ipoh: Perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia antara Perak dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak yang dijadualkan malam ini, ditunda berikutan jerebu teruk melanda bandar raya ini.

Penundaan ke tarikh lain itu diputuskan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (JKPT FAM).

Komisioner perlawanan memutuskan penundaan perlawanan itu selepas mengambil kira bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tidak sihat iaitu 160 di bandar raya itu.

Bacaan IPU tidak sihat di venue perlawanan dikhuatiri menjejaskan serta memudaratkan kesihatan pemain serta penyokong.

Kenyataan mengenai penundaan itu ditampal di setiap pintu masuk stadium dan tarikh baru perlawanan akan diputuskan FAM.

Jurulatih JDT, Mario Gomez, menandatangai dokumen bersetuju penangguhan perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia antara Perak dengan JDT di Stadium Perak malam ini, akibat jerebu. - Foto L MANIMARAN
Previous
Next Post »
loading...