loading...
loading...

Ingat Aman Central, terkenang Ustaz Azizan


TERDAPAT dua projek besar di Kedah yang akan segera mengingatkan orangramai kepada alMarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Secara separuh berseloroh ada penceramah yang menyebut; jika mahu lihat pembangunan duniawi lihatlah Kompleks Aman Central di Alor Setar dan jika mahu lihat pembangunan duniawi dan ukhrawi, lihatlah kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil.

Pada 1 Oktober 2015 barubaru ini, Kompleks Aman Central telah dibuka dengan rasmi. Kompleks beli belah raksasa terbesar di Kedah/Perlis ini adalah “buah tangan” Ustaz Azizan yang catatan perjalanannya penuh cabaran.

Cabaran terbesar ialah dakwaan bahawa “parti pak lebai” (merujuk kepada PAS) mana mampu bawa pembangunan. Justeru dogma yang dicipta oleh musuh PAS harus dibenarkan, lalu pihak tertentu mengadakan pelbagai halangan untuk melihat Aman Central tidak menjadi kenyataan. 

Kompleks Aman Central adalah projek untuk menggantikan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai kirakira 30 tahun, namun Aman Central berkali ganda lebih besar Plaza Tunku Yaakob sebuah “rumah hantu” yang mencacatkan Bandaraya Alor Setar. Plaza Tunku Yaakob terletak betul-betul bersebelahan Menara Alor Setar yang menjadi mercu tanda bandaraya. Para pelancong yang berkunjung ke Menara Alor Setar pasti teruja dengan keindahan panorama negeri Jelapang Padi dari tempat tinggi itu. Namun terputus selera apabila terpandangkan kejelikan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai itu.

Kini segalanya berubah. Aman Central yang menelan kos pembinaan sebanyak RM550 juta itu
merupakan tarikan baharu pelancong termasuk dari Perlis dan Selatan Thailand. Aman Central adalah
projek usahasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Belleview.

Kumpulan Belleview telah memenangi anugerah dalam kategori Pembangunan Peruncitan, Malaysia
melalui Aman Central yang dalam Anugerah Hartanah Asia Pasifik 20152016. Belleview bukan calangcalang syarikat yang memberi kepercayaan kepada kerajaan “parti tok lebai” untuk projek pembangunannya.

Pusat membelibelah enam tingkat itu dengan dilengkapi 1,700 tempat letak kereta itu dapat memenuhi keperluan rakyat negeri ini kerana menempatkan lebih 330 kedai dengan hampir sebahagian besar telah disewakan. Tarikan utama Aman Central juga adalah Aman Walk, sebuah kawasan terbuka yang direka khas dengan dua tingkat tempat duduk bagi memberi kesempatan pengunjung untuk menikmati pemandangan Menara Alor Setar yang indah dan menakjubkan.

Kewujudan pusat belibelah yang terbesar itu dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri ini melalui peluang perniagaan yang secara tidak langsung akan menggalakkan perbelanjaan dalam kalangan rakyat serta mencipta sebanyak 5,000 peluang pekerjaan. Pada masa sama, projek pembangunan ikonik tersebut mampu mengukuhkan status Alor Setar sebagaisebuah bandar percutian dan keseronokan dalam menarik kehadiran pelancong ke negeri ini.

Projek Aman Central menjadi kontroversi dahulu kerana pembinaannya terpaksa melalui proses
perobohan sebuah premis wakaf iaitu Madrasah Salihiah. Bangunan para penentang yang terdiri dari NGO rasis Melayu. Umno pun tumpang sekali masa itu. Datuk Seri Mukhriz Mahathir sewaktu menjadi pembangkang, pernah bertapak di madrasah itu untuk menzahirkan penentangan terhadap kerajaan negeri.

Pernah satu ketika pihak yang mengaku jadi waris pewakaf Madrasah Salihiah nekad mengheret Ustaz Azizan ke mahkamah. Almarhum dihadapkan dengan saman komitial yang boleh menyebabkannya merengkok dalam penjara. Ia berlaku akibat isu teknikal perundangan yang tidak dapat diselesaikan.

Merumitkan keadaan, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri pula berada di Makkah menunaikan haji ketika itu. Mujurlah kes itu ditangguhkan dan afidavit jawapan dapat difailkan oleh Pejabat Penasihat Undangundang.

Allah mentakdirkan usaha jahat untuk memenjarakan Ustaz Azizan gagal. Sepatutnya apabila tanah itu diwakafkan, pemilik atau warisnya tidak berhak lagi ke atas tanah. Haknya diserah pada Allah, maka terputuslah hak pemilikan oleh manusia. Majlis agama cuma menjadi pemegang amanah atau pengurus tanah wakaf tersebut.

Pandai-pandai pula ada pihak mengaku jadi “pewaris harta wakaf” istilah yang tidak wujud dalam hukum syarak. Isu madrasah tidak dihadapi oleh kerajaan negeri dengan kekerasan, sebaliknya mereka merujuk kepada pihak Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah. 

Mufti yang juga selaku Pengerusi Majlis Fatwa, Datuk Syeikh Badarudin Ahmad bermuzakarah bersama ahliahli majlis fatwa sebelum mengeluarkan hukum keharusan merobohkan madrasah, dengan syarat ianya digantikan (istibdal) dengan nilai hartanah yang sama di tempat lain. 

Urusan Istibdal diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) selaku pengurus wakaf. Maknanya perobohan Madrasah Salihiah untuk pembinaan Aman Central dibuat dengan begitu teliti berasaskan syarak. 

Mungkin bagi melegakan hati dan perasaan umat Islam yang kehilangan sebuah surau, pihak Mufti mengarahkan dibina sebuah surau di lokasi yang sama. Ia dihubungkan dengan kompleks Aman Central, mempunyai kubah dan menara serta boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa sahaja.

Pemaju setuju untuk membinanya, dengan keluasan yang lebih besar. Surau itu bagaimanapun tidak termasuk dalam pakej istibdal. Pelan surau tersebut dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Kedah yang kemudian memperkenankannya.

Malangnya apabila kerajaan bertukar tangan, kompleks Aman Central disiapkan, surau yang indah
tersebut ‘hilang’. Kerajaan BN wajar dipersalahkan. Bagaimanapun, surau yang besar dan selesa itu tetap dibina juga oleh pemaju di bahagian dalam kompleks; di tingkat bawah dan di tingkat empat.
Aman Central, dibina semasa kerajaan Pakatan Rakyat tetapi disiapkan pada zaman BN.

Namun tiada siapa pun akan lupa bahawa ia adalah projek yang dicetuskan oleh alMarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak dan Pakatan Rakyat.

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/09/
Previous
Next Post »
loading...