loading...
loading...

FAM Didenda Berikutan Kekecohan Semasa Menentang Arab Saudi Tempoh Hari




Kuala Lumpur: Berikutan kekecohan yang ditimbulkan oleh Ultras Malaya di Stadium Nasional Bukoit Jalil ketika menentang Arab Saudi dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia, Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah menerima padah.

FAM hari ini telah didenda oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebanyak CHF40,000 (RM180,000), amaran dan akan beraksi dengan stadium kosong satu perlawanan.

Malah Arab Saudi diberikan kemenangan 3-0 ke atas Malaysia dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia 2018/2019 di Stadium Shah Alam itu.

Selain itu, FAM telah disabitkan kesalahan sehingga perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-88 oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA.

FAM didapati bertanggungjawab terhadap tindakan penyokong yang melanggar peraturan pertandingan itu.

Kerana hukuman berkenaan, perlawanan seterusnya di tempat sendiri menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 17 November akan berlangsung tanpa penonton.

Pada 8 September lalu, perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi dihentikan, ketika skuad negara ketinggalan 1-2, apabila segelintir penyokong membaling bom asap, membakar suar dan mercun ke arah padang.

Previous
Next Post »
loading...