loading...
loading...

Aku Yg Insaf.

taubat
Namaku Fadli. Seorang pemuda yg masih awal 30-an. Hidup dlm kemewahan. Harta ibu bapaku melimpah-ruah. Buat apa nak kerja. Semua harta, aku yg punya. Keistimewaan anak tunggal sgt ketara. Hidup hanya untuk dunia. Solat? Puasa? Mengaji? Itu jgn ditanya. Aku tak kenal siapa Tuhan. Semakin hari semakin teruk. Yg aku tahu hanya ke disco, kelab malam. Awek?? semalam sorg awek dan bertukar setiap hari.
Bayangkan kalau setahun, berapa awek yg aku ada. Hidup aku seolah-olah tak akan mati. Allah tu maha kaya. Aku disahkan HIV positif. Kerana pergaulan yg terlampau bebas. Semakin hari semakin melarat. Saat tu, aku terlantar di wad. Takde lg awek yg aku selalu bawa setiap hari, kemewahan yg disalahgunakan. Yg ada hanya tangisan penyesalanku. Mata yg bulat terjojol seolah-olah ingin terkeluar dari rongganya, Ditambah dgn bengkak kerana tangisan yg tiada henti.
———————-
Aku tertidur penat dan sakit. dlm tidur, aku didatangi oleh sorang perempuan. Memakai telekung putih. Aku kenal susuk tubuh dan sorot wajah perempuan tu. Mama?? Ya, mamaku yg telah lama meninggal dunia saat umurku 9 tahun. Aku lihat ibuku merintih sambil hulurkan sesuatu seperti al-Quran.
Aku tersedar. Mataku basah dan berair. Aku bertekad untuk bertaubat. Aku bertekad untuk menghafal Al-Qur`an. Semakin mantap tekadku untuk menghafal ayat-ayat Allah, hingga hafalanku sampai ke surah Al-Furqan ayat 68 (silahkan lihat sendiri maksudnya). Aku menghafalkannya sampai ayat 71. Ayat tersebut menjelaskan bahwa orang yang pernah berzina akan dimasukkan ke dalam neraka. Dengan azab yang dilipatgandakan, kecuali mereka yang telah bertaubat. barulah akan digantikan oleh Allah dengan kebaikan.
Maka aku bertekad untuk membaca ayat ini dalam setiap solat tahajjudku.
AsKJknRqMLnOZcQzLJ5uI_ZGkjuemB5O6jtny6H3FxyA
Aku membaca quran rumi yg dihadiahkan oleh seorang sahabat yg agak bagus perwatakkannya.
agak senang untuk dibaca bg diriku yg kosong tentang al-quran. Sekarang Allah masih belum ambil nyawaku. Betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Alhamdulillah Allah masih berikan aku kesempatan untuk bertaubat.
——————————
Begitulah kisah taubat seorang yang pernah melakukan zina. Lalu bagaimana dgn yg belum bertaubat?!
Allah memang maha pengampun dan maha penerima taubat, tapi sering kali kita leka (terlalu berharap yang elok) dari Allah. Akibatnya, ketika melakukan satu dosa kita sering mengatakan, ”Ah besok masih boleh taubat, Allah-kan maha pengampun.” Akhirnya, kita terlena dan meremehkan dosa…..Semoga bermanfaat terutama pada diri saya sendiri.
Previous
Next Post »
loading...