MANCHESTER City meraih kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara selepas menumpaskan Borussia Moenchengladbach, 2-1, dalam aksi Kumpulan D, semalam.
Pengendali The Citizens, Manuel Pellegrini menilai, City bernasib baik meraih kemenangan walaupun pada satu ketika ketinggalan 0-1.
Dalam aksi itu, Moenchengladbach membuka jaringan pada minit ke-54 sebelum City menyamakan kedudukan melalui gol Nicolas Otamendi, m-65.
Di penghujung saingan, City dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Sergio Aguero, m-90.
“Perlawanan ini sungguh aneh. Selama 65 minit, kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk menjaringkan gol.
“Joe Hart juga berperanan penting menjadi penyelamat. Akhirnya kami bernasib baik meraih kemenangan,” kata Pellegrini.
City kini menghuni kedudukan ketiga manakala Moenchengladbach di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon