loading...
loading...

Nur Fazura Tegur Sikap Berlagak Zizan Razak Di MLM 2014



Kepada Peminat Menonton program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), pasti anda tahu komen pedas yang diberikan oleh juri, Nur Fazura kepada kumpulan Virus yang dianggotai Zizan Razak, Tauke dan Yus, Jumaat lalu.

Dilihat kurang memberangsangkan, Fazura menyifatkan persembahan kumpulan itu sebagai hambar.

Tapi mungkin kerana tidak berpuas hati dengan komen Fazura, Zizan memotong percakapan aktres tersebut dan perbuatan itu dilihat agak biadap oleh sesetengah penonton.

Mungkin Fazura dilihat kurang senang dengan sikap Zizan dan telah memuatnaik satu tweet di laman sosial yang berbunyi:

"It's okey to make mistakes, just dont be arrogant. Do learn a thing or two about manners"




Ramai beranggapan tweet itu ditujukan kepada Zizan kerana sikapnya yang sukar untuk menerima teguran sebelum itu.

Sebenarnya ini bukan sahaja untuk Zizan tetapi kepada semua peserta Maharaja Lawak Mega kerana ramai diantara mereka suka menyampuk dan membuat lawak ketika dikomen walhal masa dah tamat. Peserta disarankan agar tidak menyampuk dan mendengar komen juri, tak kisahlah baik atau buruk.
Previous
Next Post »
loading...