loading...
loading...

GARY AKAN BERLATIH BERSAMA B. DORTMUND


Gary Steven-Robbat yang digantung 3 bulan dan didenda sebanyak RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini dikhabarkan bakal menjalani latihan di Signal Iduna Park bersama kelab gergasi Borussia Dortmund.

Berdasarkan maklumat yang boleh didapati dilaman sosial, Gary bakal menjalani latihan dibawah kendalian barisan jurulatih gergasi Jerman itu selama tempoh penggantungan kerana FAM tidak membenarkan pemain kelahiram Kulim, Kedah itu berlatih bersama skuad The Southern Tigers musim ini.

Kerjasama yang dijalinkan diantara JDT dan Borussia Dortmund sebelum ini telah membolehkan Gary menimba pengalaman bersama mereka.

Sekiranya tiada halangan dari pihak FAM, tempoh tiga bulan penggantungan Gary Steven-Robbat mungkin boleh dilihat sebagai satu perkara yang positif kerana ianya telah membuka peluang buat pemain itu berlatih di Jerman.
Previous
Next Post »
loading...