loading...
loading...

Lelaki Mati Selepas Tonton Filem Conjuring 2 Sebelum Mayatnya Hilang



India, 19 Jun - Seorang lelaki India mati selepas diserang sakit jantung ketika menonton filem seram The Conjuring 2.
Lelaki yang berusia 65 tahun itu dilaporkan mati selepas menonton fiem itu di Sri Balasubramaniar Cinema di Tiruvannamalai, Tamil Nadu.

Times of India melaporkan, lelaki itu diserang sakit jantung itu ketika klimaks (bahagian paling seram) filem terbabit dan doktor mengesahkan dia sudah mati selepas dia dihantar ke hospital oleh seorang individu yang turut sama menonton filem tersebut.

Namun, kejadian itu tidak terhenti di situ sahaja.

Selepas disahkan meninggal, doktor kemudian mengarahkan individu itu untuk membawa mayat mangsa ke

Hospital Tiruvannamalai Goverment Medical Hospital untuk bedah siasat.

Namun, mayat lelaki itu hilang bersama-sama dengan individu terbabit.

Polis kini sedang mencari individu berkenaan dan sedang mengenalpasti mangsa.
Previous
Next Post »
loading...