loading...
loading...

MB Kelantan sudah mampu jamah makanan

http://m.harakahdaily.net/images/2016/apr16/


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kini semakin sihat dan sudah mampu menjamah makanan.

Walaupun masih lagi berada di wad ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, namun beliau dilihat semakin bertenaga.

Petang tadi beliau turut dilawati Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamad berkata, Ustaz Ahmad sekarang semakin ceria dan hampir pulih seperti sedia kala.

"Pada petang khamis lepas selepas menjalani pembedahan di sebelah pagi, beliau sudah boleh membaca al Quran biarpun masih lagi di bawah pengawasan doktor.

"Doktor juga memberitahu pembedahan mengeluar darah beku di bahagian kepala dan melibatkan bukan otak," katanya di sini.

Menurutnya juga berdasar perkembangannya sekarang menteri besar dijangka dipindahkan ke wad biasa sehari dua lagi.

Katanya Ustaz Ahmad memohon kemaafan di atas kesukaran rakyat untuk menziarahinya sekarang kerana doktor mahu beliau berehat secukupnya.

"Beliau juga merakam ucapan terima kasih di atas doa rakyat Kelantan dan umat Islam terhadapnya," ujarnya
Previous
Next Post »
loading...