loading...
loading...

Dr Zakir Naik Cabar Pengkritik Failkan Kes Di Mahkamah Jika Terbukti Beliau Hina Agama Lain



KUALA LUMPUR: Peceramah dan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik telah tampil untuk mencabar pengkritiknya supaya memfailkan kes di mahkamah terhadap al-Quran berdasarkan kenyataannya bahawa  ALLAH SWT tidak mempunyai anak, lapor Sinar Harian.Beliau berkata demikian apabila mengimbas kembali pada tahun 2012 di mana beberapa laporan polis telah dibuat kepadanya kononnya beliau telah menghina agama lain.
Menurut Dr Zakir, apa yang dicuapkannya itu adalah firman ALLAH SWT dalam al-Quran.

“Jika anda ingin failkan pertuduhan kepada saya, anda perlu buat laporan kes terhadap al-Quran, bukan saya. Ini kerana al-Quran mengatakan ALLAH SWT tidak mempunyai anak.

“Saya seorang da’i (pendakwah), saya perlu bercakap mengenai ALLAH. Adakah saya menghina seseorang? Jika anda ada bukti  saya menghina, saya sedia untuk hukuman itu,” katanya pada ceramah bertajuk ‘Adakah al-Quran itu Kata-kata ALLAH?’ di Stadium Nasional Hoki, Bukit Jalil, kelmarin.
Dalam program tersebut lebih dari 30,000 orang telah hadir ke ceramahnya itu yang jam 9 malam dan berakhir enam jam kemudian.
Antara yang hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Mufti Perlis dan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Dr Zakir kemudian memetik surah al-Ikhlas: “ALLAH berkata, Dia satu-satunya, Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.”
Menurut beliau, beliau pernah diberitahu oleh sesetengah pihak termasuk orang Islam agar tidak mengulangi, Zakir bagaimanapun menegaskan bahawa ini adalah tentang agamanya.

“Bukan saya kata, tetapi ada dalam surah al-Ikhlas. Saya di sini tidak menghina agama-agama lain. Dalam agama saya, bagaimana saya mahu berhenti mengatakan ALLAH itu satu?” katanya.
Selain Al Qura, beliau turut memtik kitab-kitab lain seperti Yahudi, Kristian, Sikh dan Parsi, Dr Zakir mendakwa bahawa semua agama mengatakan bahawa Tuhan adalah satu.
Tuhan itu tidak mempunyai imej, tiada patung, tiada gambar, tiada lukisan,”katanya.
Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa kehadirannya ke Malaysia bukan cubaan untuk mencetuskan perbalahan pelbagai penganut agama di Malaysia sebaliknya adalah untuk menyatupadukan segenap masyarakat dunia, tanpa mengira perbezaan pegangan agama, kaum dan bangsa.
“Saya bukan datang sini untuk tabur fitnah atau cuba merendah-rendahkan kepercayaan agama lain, sebaliknya saya hanya ingin satukan semua.

“Kenapa kita tidak melihat kepada persamaan, tetapi sibuk mementingkan perbezaan yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat dunia,” katanya.
Memetik kitab-kitab Hindu, Dr Zakir berkata, ia dinyatakan bahawa Tuhan tidak mempunyai ibu bapa, tidak berimej dan tiada patung.
“Siapa kata? Bukan Zakir. Apa yang ingin anda lakukan? Membuat laporan polis terhadap saya?” katanya.
Previous
Next Post »
loading...