loading...
loading...

"Saya Cuma Pejam Mata Hayati Ucapan Tuanku, Bukanya Lena," - Ahmad Bashah


ALOR SETAR: Bakal Menteri Besar Kedah yang baru hari ini menafikan penyiaran video yang viral dilaman sosial kononnya beliau tidur semasa Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah sedang memberi ucapan.

"Saya tidak lena tetapi hanya pejam mata sebab nak menghayati ucapan tuanku pada majlis di istana tempoh hari," katanya dalam sidang media di Bagunan Tunku yang merupakan ibu pejabat UMNO Kedah hari ini.

Menguals mengenai video berkenaan, beliau menyatakan dia duduk di barisan hadapan, jadi tidak mungkin beliau akan terlena atau tidur dalam majlis besar seperti itu.

"Saya duduk sebaris dengan semua tetamu kenamaan termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jadi tidak mungkin saya akan berbuat demikian.

"Semua dakwaan itu adalah tidak benar dan sengaja memberi gambaran negatif terhadap saya," katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Beliau juga mengulas mengenai pesanan Mukriz yang mengingatkan supaya Ahmad Bashah tidak tidur semasa angkat sumpah jawatan MB esok di Istana Anak Bukit.

"Ia tidak akan berlaku, nasihat ini adalah satu nasihat nakal, mungkin ada niat lain di sebalik nasihat yang tidak begitu bernas," katanya.



Previous
Next Post »
loading...