loading...
loading...

Pedang Damascus - Pedang Salahuddin Al-Ayubi Paling Tajam Dalam Dunia

Pedang Damascus - Pedang Salahuddin Al-Ayubi Paling Tajam Dalam Dunia

Pedang Damascus, Pedang Salahuddin Al-Ayubi Paling Tajam Dalam Dunia | Pedang ini, pedang Damascus telah diakui merupakan pedang paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat.

Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan sedikit pun pada matanya.

Pedang Damascus - Pedang Salahuddin Al-Ayubi Paling Tajam Dalam Dunia


Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini sebenarnya telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik King Arthur.

Pedang Damascus - Pedang Salahuddin Al-Ayubi Paling Tajam Dalam Dunia
Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman turut mengakui kehebatan pedang ini
Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan pedang ini  AMAT TAJAM dan LENTUR.

Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat. Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Pedang Damascus - Pedang Salahuddin Al-Ayubi Paling Tajam Dalam Dunia
Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi
Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.

Pedang Damascus - Pedang Salahuddin Al-Ayubi Paling Tajam Dalam Dunia
Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat
CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer.

Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pedang Damascus - Pedang Salahuddin Al-Ayubi Paling Tajam Dalam Dunia

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Pedang Damascus - Pedang Salahuddin Al-Ayubi Paling Tajam Dalam Dunia
Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.

Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia.

Begitulah salah satu kehebatan tamadun dan peradaban Islam satu ketika dulu, malangnya kini, ianya sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.
Previous
Next Post »
loading...