loading...
loading...

Najib Razak Bukan Suspek Dalam Siasatan US$4 Billion - Peguam Negara Switzerland


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak bukan suspek di dalam siasatan US$4 billion yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pejabat Peguam Negara (OAG) di Switzerland.

"Dalam prosiding jenayah yang sedang dijalankan oleh OAG, Encik Najib Razak bukan salah seorang daripada pegawai-pegawai awam di bawah tuduhan," kata jurucakap OAG Andre Marty memberitahu Nikkei Asia Review.

Beliau menambah ungkapan "individu tidak dikenali" di Switzerland merujuk kepada prosiding jenayah di mana terdapat syak yang munasabah bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, tetapi tertuduh tidak diketahui.

OAG telah membuka prosiding jenayah pada bulan Ogos terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan juga "individu yang tidak dikenali" itu.

Minggu lepas, Ketua Hakim Negara Switzerland, Michael Lauber berkata dia telah meminta pertolongan Malaysia untuk membantu siasatannya keatas kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland oleh 1MDB, yang mendakwa sebanyak US$4 billion telah disalahgunakan.
Previous
Next Post »
loading...