loading...
loading...

Khyril Muhymeen sertai Air Asia All Stars


PETALING JAYA: Air Asia All Stars FC melengkapkan perpindahan bekas penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri, di sini, sebentar tadi.

Bekas penggempur Kedah dan Negeri Sembilan itu mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim ini. 

Ketika ditemui selepas majlis menandatangani kontrak, Khyril mengakui teruja untuk memulakan cabaran baharu bersama pasukan terbabit dan mahu membantu mereka layak ke saingan Liga Perdana musim hadapan. 

Katanya, meskipun sekadar beraksi di liga divisyen tiga, namun beliau akan menjadikan ia sebagai medan untuk kembali menyinar secara perlahan-lahan bermula dari bawah. 

"Saingan di Liga FAM juga amat sukar kerana semua pasukan begitu bersemangat dengan masing masing mahu layak ke saingan Liga Perdana. 

"Jadi, saya berharap kehadiran saya di pasukan ini dapat membantu pasukan ini mara lebih jauh dan memberikan saingan menentang pasukan lain dalam kancah liga," katanya. 

Penyerang berusia 29 tahun itu sebelum ini menyertai sesi percubaan bersama pasukan Selangor, namun pasukan juara Piala Malaysia tahun lalu itu tidak mendapatkan khidmatnya berikutan masalah kecederaan hamstring sejak tahun lalu.


KHYRIL Muhymeen Zambri, 29, bergambar bersama Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Air Asia (AAFC), Simon Lim (kiri) dan Ketua Jurulatih AAFC Nidzam Jamil (kanan).
Previous
Next Post »
loading...