loading...
loading...

Setelah 1Tahun DIGOSIP Dengan Shahir AF.. Ini Jawapan Erra Fazira Yang Dinanti Ramai !!!

Sudah berbulan lamanya gosip percintaan antara Erra Fazira dan Shahir AF menjadi bualan ramai. Namun, sehingga kini keduaduanya masih lagi berdiam diri dan tidak mahu mendedahkan status sebenar hubungan mereka.


Jelas Erra beliau memang rapat dengan Shahir dan menyifatkan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang sahabat.

Malah, Erra juga enggan meletakkan sebarang harapan terhadap hubungan berkenaan dan menerima apa sahaja kehendak takdir buat mereka.

Kalau nak bercakap mengenai hubungan kami, rasanya tak ada apaapa yang boleh dikongsikan. Semuanya sama saja. Saya tidak mahu cakap mengenai kemungkinan kami akan berkahwin atau kerana hubungan kami sekarang seperti biasa saja.

Bagi saya, kalau ada, adalah jika tidak, tidaklah. Saya tidak kisah dan tidak meletakkan apa-apa jangkaan dan harapan.


Gosip mereka bercinta bermula apabila Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dengan kerap pada pertengahan tahun lepas. Ada juga pihak yang mendakwa Shahir juga adalah insan yang berjaya mendekatkan Erra kepada jalan Allah SWT apabila primadona itu mula berhijab.

Previous
Next Post »
loading...