loading...
loading...

Merkuri paras tinggi, Malaysia juga haramkan produk Qu Puteh

Selepas Brunei, Malaysia juga melarang jualan produk kecantikan Qu Puteh.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk itu – Qu Puteh Whitening Pro 9 – tidak lagi dibenarkan dijual.
Ini kerana ia dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi.
“Produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.
“Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu.
Previous
Next Post »
loading...