loading...
loading...

Fiza Elite Dan Adam AF Cerai Kali Kedua


Oleh Syakireen Othman . Sumber RK

Sebelum ini, umum mengetahui bahawa Fiza Elite dan Adam AF pernah bercerai dan kemudian rujuk semula. Dan hari ini dunia hiburan tanahair dikejutkan lagi dengan berita perceraian mereka untuk kali yang kedua. Dikhabarkan hubungan perkahwinan mereka sudah tidak dapat diselamatkan dan mereka berdua terpaksa berpisah dengan cara baik.

Buat masa ini, kedua-duanya sudah pun membawa haluan mereka sendiri  dan Adam juga dilihat sudah tidak lagi memuat naik gambar Fiza di laman sosial Instagramnya. Menurut Fiza, selepas bercerai kali pertama dan rujuk semula, dia berharap agar mereka terus bahagia. Apa kan daya, selepas itu hampir berapa lama mereka tidak tinggal sebumbung dan ini menyebabkan Fiza nekad untuk mohon perceraian kali kedua.

Fiza juga mengakui bahawa pada Aidilfitri tahun lepas mereka berdua beraya berasingan ditambah pula dengan kehilangan bapa tercintanya diibaratkan seperti menerima dugaan bertimpa-timpa. Sebelum nekad mohon perceraian, Fiza juga telah membuat solat istikharah bagi meminta petunjuk dari Yang Maha Esa. Semoga Fiza dan Adam tabah menghadapi dugaan ini.
Previous
Next Post »
loading...