loading...
loading...

7 Filem Terbaik Gandingan Shah Rukh Khan Dan Kajol Yang Anda Mesti Tengok

 
1.Karan Arjun 
 

Karan Arjun merupakan gandingan kedua SRK dan Kajol. Filem arahan Rakesh Roshan yang diterbitkan pada 13 Januari 1995 ini penuh dengan adegan dan lagu romantik mendapat sambutan positif dari penonton.  SRK melakonkan watak seorang penjaga kandang kuda lalu jatuh hati terhadap Kajol yang merupakan anak orang kaya dikampung tersebut.
  
2.Baazigar
 
 
Diterbitkan pada 12 November 1993 dan merupakan filem pertama gandingan SRK dengan Kajol dilayar perak. Filem ini dicalonkan dalam kategori filem terbaik dan SRK merangkul anugerah pelakon terbaik. Filem ini  mengisahkan tentang konflik pengkhianatan kawan baik ayah Kajol sehingga menyebabkan keluarga SRK muflis. Selepas kejadian tersebut SRK menyimpan perasaan dendam dan membalasnya dengan cara mengoda dan mengahwini anaknya iaitu Kajol. 
  
3.My Name Is Khan
 

Filem yang diarahkan oleh Karan Johar yang diterbitkan pada 12 Februari 2010 ini mencipta rekod filem Bollywood terlaris di dunia. SRK dilahirkan sebagai seorang yang terencat akal berpindah ke San Francisco dan jatuh cinta kepada Kajol. Kajol akhirnya melamar SRK untuk berkahwin dan konflik kisah romantis mereka mula bergolak apabila anak kepada Kajol mati dibunuh kerana SRK merupakan seorang muslim. 
 
4.Kabhi Khushi Kabhi Gham
 

Filem yang diterbitkan oleh Yash Raj Films ini mengandingkan barisan pelakon yang terkenal Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor , SRK dan Kajol. Dalam filem ini SRK merupakan anak angkat kepada Amitabh Bachchan jatuh cinta kepada Kajol yang merupakan orang biasa. Disebabkan perbezaan darjat hubungan cinta mereka tidak direstui lalu dihalau keluar dari rumah.
 
5.Kuch Kuch Hota Hai
 
 
Filem yang diarahkan oleh Karan Johar ini menjadi Filem Bollywood Of The Year. Filem ini mengisahkan persahabatan 2 rakan baik yang iaitu antara SRK dan Kajol. Tanpa disedari rupanya Kajol menyimpan perasaan cinta terhadap SRK namun iainya berlaku hanya selepas SRK meluahkan perasaan kepada Rani Mukerji.
 
6.Dilwale Dulhaniya Le Jayenge
 
 
Filem blockbuster sepanjang zaman ini diterbitkan pada 20 October 1995. Dilwale Dulhaniya Le Jayenge mengisahkan tentang pasangan yang dibesarkan dengan gaya hidup berbeza yang akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain.
 
7.Dilwale
 
 
Filem yang mengamit bibit kisah romantis antara SRK dan Kajol ini diterbitkan pada 18 Disember 2015. Dilwale mengisahkan tentang seorang lelaki (SRK) dan seorang wanita (Kajol) yang saling mencintai. Akan tetapi mereka dibelenggu masa lalu dan membuat mereka harus terpisah. 
Previous
Next Post »
loading...