loading...
loading...

KJ lagi popular dari Najib, bintang Bollywood

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Perwakilan Umno Pulau Pinang menyifatkan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar lebih popular dari Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun bintang Bollywood.

Datuk Musa Sheikh Fadzir menegur Khairy agar selalu turun padang dan mendekati golongan muda bagi menarik sokongan belia untuk BN.

"Ketua pemuda kalau mari (datang) dia ada aura. Aura kepimpinan itu ada. Kalau dia turun padang, alamak. Presiden pun kalah. Sambutan begitu baik sekali. Betul saya cakap. Bintang filem Bollywood pun kalah. Orang ini nak selfie, itu nak selfie.

"Tak usahlah nak dok lari banyak dengan presiden. Presiden (Najib) tahu ketua pemuda buat kerja sebab itu bagi (jawatan) menteri," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan Khairy agar tidak terlalu banyak memelihara 'kucing parsi' yang tidak memberi manfaat sebaliknya perlu turut memelihara kucing kampung.

"Turun padang, jumpa pemuda. Kalau ketua pemuda sendiri pegang jawatan menteri belia dan sukan, janganlah dok buat sukan sahaja. Sukan pun tak hebat mana pun. Berilah bantuan kepada belia kampung yang hidup susah," pesannya.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan suara rakyat berhubung kenaikan harga barangan selepas GST dilaksanakan di negara ini.

"Datuk Seri Presiden, dulu kata, ada GST, harga barang turun. Ini macam mana harga barang naik pula?

"Tanya KPDNKK, mereka kata 'nak buat macam mana peniaga yang naik harga, tak boleh jaga depa ini'. Hey, jadi menteri ada kuasa, gunalah kuasa," katanya.

Beliau juga menegur menteri-menteri yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak munasabah termasuk soal jangan makan ayam sekiranya harga ayam naik.

"Berserabut menteri yang ada ini pun. Bukan nak tolong presiden. Orang kata 'inilah presiden dok lantik menteri yang tak tahu apa. Presiden kena juga.

"Kesian pada presiden. Bagi jawatan menteri pun tak boleh buat kerja. Datuk Seri presiden tolonglah guna kuasa," katanya yang mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.

BACA : Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki? - Khairy
Previous
Next Post »
loading...