loading...
loading...

Zahid Hamidi Arahkan PDRM Tangkap Alvin Tan


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menahan blogger Alvin Tan.

Arahan ini dibuat kerana tindakan Alvin baru-baru ini yang melampaui batas dengan menghina agama Islam di laman Facebooknya.

"Saya minta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) lakukan apa sahaja tindakan yang wajar untuk membawa dia (Alvin) ke muka pengadilan.

"Mungkin dia fikir dia boleh buat sesuka hati apabila berada di luar negara. Undang-undang negara mungkin dia rasa dia boleh elak, tapi tatasusila perlu dihormati," tegas Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

KPN dalam pada itu pihak PDRM kini dalam usaha membawa balik Alvin pulang ke Malaysia dan dalam pada masa sama meminta orang ramai untuk tidak terus menviralkan perbuatan Alvin.

"Biarkan beruk itu, jangan dilayan. Makin dilayan, makin menjadi. Itu yang dia mahukan, publisiti," katanya.
Previous
Next Post »
loading...