loading...
loading...

Penjualan TRT-ERGO sah mengikut prosedur - FGV

Penjualan TRT-ERGO sah mengikut prosedur - FGV
FGV sebagai sebuah syarikat senaraian awam sentiasa mematuhi standard tinggi tadbir urus dan ketelusan bagi memastikan semua pihak memahami perkembangan syarikat.
KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menyifatkan laporan The Harakah Daily bertajuk 'Pas tuntut penjelasan penjualan TRT-ERGO' sebagai tidak profesional kerana telah memutar belit dan memberi gambaran yang salah kepada pembaca tanpa mempunyai bukti kukuh dari segi fakta dan nilai.

Dalam satu kenyataan, FGV sebagai sebuah syarikat senaraian awam sentiasa mematuhi standard tinggi tadbir urus dan ketelusan bagi memastikan semua pihak memahami perkembangan syarikat selari dengan peraturan yang ditetapkan.

FGV menegaskan bahawa kajian industri (due diligence) juga telah dilakukan sebelum transaksi berkenaan dilakukan selaras dengan proses korporat meliputi kelulusan lembaga pengarah serta peraturan Bursa Malaysia.

"Penjualan ini juga selaras dengan dengan pelan transformasi lima tahun FGV untuk meningkatkan perolehan, mengoptimumkan kos dan keberkesanan kos dalam usaha memberi pulangan jangka masa panjang kepada pemegang berkepentingan dan pemegang saham.

"Ini adalah sebahagian daripada strategi transformasi yang telah dilaksanakan FGV sejak 2013 bagi memastikan terus fokus mencapai keberkesanan dan keuntungan dalam usaha menjadi antara syarikat agro bisnes terbesar dunia.

"Dengan menjual syarikat berkenaan, FGV kini telah menstrukturkan semula fokus bahagian hilirannya dan mengukuhkan daya saing kumpulan," katanya.

Pada 27 Ogos lalu, FGV memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan syarikat peneraju pasaran bijirin dan minyak bijirin di Kanada, Viterra Inc. bagi menjual kilang penghancur dan penapisan bijirin FGV, Twin Rivers Technologies Enterprises De Transformation De Graines Oléagineuses Du Québec Inc. (TRTETGO) yang beroperasi di Quebec, Kanada.
Cadangan penjualan berkenaan melibatkan pelupusan 298,070 saham biasa bersamaan keseluruhan saham dan modal berbayar secara tunai dianggarkan bernilai CAD$190 juta (RM608.2 juta).
Previous
Next Post »
loading...