loading...
loading...

Nak Beli iPhone, Tapi Nak Beli Secara Cash Atau Guna Pakej Telco?



Apabila handak membeli telefon pintar premiun, tentu persoalan ini sering terkeluar di kotak pemikiran kita terutamanya iPhone.

Nak beli iPhone, handak beli secara tunai atau guna pakej yang ditawarkan syarikat telco yang seperti kita sedia maklum ada kontrak bayaran yang perlu kita ikut.

Memetaik tulisan portal The Skop, portal ini telah mengeluarkan cadangan atau jawapan kepada pertanyaan yang bermain difikiran anda ini.

Menurut The Skop, artikel ini sesuai dibaca untuk mereka yang benar-benar mahu membeli iPhone terutama iPhone 6S dan 6S Plus baru yang dikeluarkan Apple dan bukannya menyentuh soal “jimatkanlah duit” atau “beli Android lagi bagus” dan macam-macam lagi.

Kepada mereka yang sudah membuat keputusan untuk membeli produk terbaru keluaran Apple berkenaan bolehlah berkira-kira kerana persoalan seperti tajuk di atas adalah merupakan satu cadangan berdasarkan pendapat penulis.

Jika anda membeli secara tunai atau cash, ia menunjukkan anda sudah benar-benar mampu tetapi elakkan berhutang untuk mendapatkannya.

Antara beli tunai atau pakej telco, ia bergantung kepada dua perkara sama ada anda pengguna baru atau pengguna lama yang sudah melanggan pakej telco. Jika anda pengguna baru dan mempunyai cash, terus saja membeli iPhone yang diminati dengan bayaran lump-sum.

Tetapi anda boleh menjimatkannya dengan membeli pada harga pelan di mana pada kebiasaannya anda perlu membayar harga gajet dalam lingkungan RM500 ke RM1,000 lebih murah kerana harga tersebut telahpun disubsidikan dengan pelan telco.

Ia sekaligus memberi penjimatan kepada anda. Jika anda masih dengan kontrak sedia ada, cuba tawar menawar untuk membuat kontrak pembelian iPhone baru. Jika anda sememangnya pelanggan telco tertentu pada tempoh yang lama, anda boleh melanggar kontrak tanpa membayar denda.

Jadi lebih mudah mendapatkan iPhone 6S atau 6S Plus dengan harga kompetitif dan lebih murah dari harga pasaran.

Kalau anda baru saja mahu membeli iPhone atau pengguna kali pertama, dapatkannya dengan pelan telco tetapi kesemua ini perlu dipastikan anda bersama kontrak satu tahun saja!

Kesemua telco besar seperti Maxis, Celcom, DiGi dan U Mobile akan menawarkan iPhone 6s dan 6s Plus pada 16 Oktober ini. 
Previous
Next Post »
loading...