loading...
loading...

MH370 - Polis Sudah Tiba Dirumah Saya Sejak Pukul 9 Pagi Tadi - Jamil Omar

Serpihan Flaperon yang disahkan milik MH370 sebelum ini.
KUALA LUMPUR - Lelaki yang membuat laporan polis mengenai dakwaan penemuan bangkai  pesawat MH370 di Kepulauan Tawi-Tawi, Filipina Indonesia berkata pihak polis ketika ini sudah berada dirumahnya bagi mengumpul maklumat berkaitan laporan yag dibuat kelmarin.

Jamil Omar, 46 berkata pihak polis sejak pukul 9 pagi lagi bertemu dengan saudaranya bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Mereka (polis) masih berada di rumah saya ketika ini," katanya memetik laporan dariKosmo!

Mengulas mengenai bendera yang dibawa oleh saudaranya ke rumah beliau, Jamil berkata ia bersaiz besar dan sedikit terkoyak.

"Ketika menjumpai bendera ia dalam keadaan kotor, dan saudara saya telah membasuhnya sebelum membawa ke rumah saya," jelasnya.
Previous
Next Post »
loading...