loading...
loading...

Kadar Tol Naik: Hasil GST Mana, Jangan Sampai Rakyat Yang 'Naik' Hantu - Rani Kulup



Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini telah tampil mempersoalkan pendapatan yang diterima oleh kerajaan hasil kutipan cukai GST yang sepatutnya mampu mengatasi masalah kenaikan kadar tol.

“Ayah pun tak faham ke mana perginya hasil kutipan cukai GST, sebab semakin hari semakin banyak harga yang naik,” katanya, lapor The Rakyat Post.

Beliau yang terkenal dengan trademark "KIPIDAP" menggesa kerajaan menghentikan tindakan menaikkan kadar tol seperti dilakukan sekarang sekalipun wujud perjanjian konsesi ataupun hapuskan terus sistem tol.

“Tol ini sebenarnya boleh rileks dulu, sekarang rakyat sudah menghadapi pelbagai kenaikan harga barang.”

“Nanti bukan tambang tol yang naik, rakyat yang ‘naik’ hantu nanti. Kita tahu ada perjanjian konsesi, tetapi kerajaan tetap perlu campur tangan,” katanya selepas membuat laporan polis berhubung kenaikan tol yang diumumkan kelmarin dan semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.

Beliau dalam pada itu memberitahu yang rakyat sudah sememangnya sudah terbeban dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penurunan matawang negara serta ketidakstabilan harga petrol yang hanya akan menyusahkan rakyat.

“Rakyat akan menjadi semakin tertekan dengan bebanan lain yang semakin meningkat. Jangan bebankan rakyat lagi, tiada sebab untuk naikkan kadar tol. Jangan sampai rakyat memberontak pasal tol.

“Kerajaan sepatutnya campur tangan dalam hal ini, harga tol tidak boleh dinaikan sesuka hati. Malaysia sepatutnya tidak perlu mengenakan sistem tol ini lagi, hapuskan terus sahaja,” katanya.

Beliau juga memberit tahu kenaikan kadar berkenaan adalah sangat tidak relevan kerana pengurusan tol masih dilihat tidak terurus sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama di lebuhraya-lebuhraya utama.

“Hari-hari lebuhraya penuh dengan kenderaan, jadi kenapa perlu naikkan harga tol lagi, kerajaan sepatutnya menangani masalah pengurusan tol yang semakin tidak terurus sehingga sesak lalu lintas.

“Tol di Malaysia ini tumbuh bagaikan cendawan, kiri kanan ada tol, dan bila harga tol dinaikkan lagi rakyat akan marah walaupun naik 10 sen sahaja," katanya yang turut membuat laporan mengenai ubat demam yang mengandungi alkohol.

BACA: Sah Ada Alkohol - Kementerian Kesihatan Malaysia
Previous
Next Post »
loading...