loading...
loading...

Dok Pengecasan Anti Masalah Kabel Berselirat

Share
JUMLAH peranti pintar yang dimiliki bagi setiap individu adalah jauh berbeza berbanding dahulu.
Di mana setiap seorang pastinya mempunyai lebih dari satu peranti.
Jadi adalah normal sekiranya setiap isi rumah mempunyai paling kurang tiga peranti pintar dalam bentuk telefon mahupun tablet.
Ini membawa kepada wujudnya masalah dunia pertama iaitu kabel pengecas berselirat di sekitar palam elektrik.
Fisgbone-3
Fishbone ialah dok pengecas yang mungkin dapat menyelesaikan masalah ini.
Ia mempunyai lima port USB dan boleh mengecas peranti pintar serta tablet dengan lebih teratur. Wayar pengecas yang panjang boleh dililit pada ‘tulang’ Fishbone bagi mengelakkannya berselirat di atas lantai.
Ianya boleh dimiliki pada harga USD35 (RM154) sebuah.
Terdapat puluhan peranti yang perlu kami cas setiap hari dan Fishbone akan mengurangkan masalah kesemakan yang sedang kami hadapi.
Sumber: Indiegogo

Previous
Next Post »
loading...