loading...
loading...

Cinta dan Seks Dengan Robot : Jangan Nak Mengarut - KPN



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penganjur persidangan "Love and Sex With Robot" sekiranya program itu tetap dianjurkan.

Program tersebut dijadualkan berlangsung di Johor pada bulan November.

"Saya akan mengambil tindakan tegas kepada mereka, ini bukan negara yang membenarkan seks bebas seperti mana yang mereka cuba anjurkan, mereka (penganjur) sudah mula hendak bawa masuk budaya songsang daripada luar negara, ini tidak sekali-kali dibenarkan, ini diharamkan!

"Sedangkan melakukan seks anal sudah menjadi satu kesalahan, apatah lagi dengan robot," katanya memetik laporan dari Bernama.

Khalid menambah pihaknya akan mengambil tindakan kepada penganjur jika program itu dilaksanakan walaupun tidak menerima sebarang laporan polis.

"Tidak perlu laporan polis, kita akan ambil tindakan. Ada banyak undang-undang yang kita boleh gunakan," katanya.

Pada awal bulan ini, portal berita Australia melaporkan ahli akademik akan berkumpul di Malaysia bagi persidangan "Love and Sex with Robot" bagi membincangkan isu undang-undang, etika dan moral yang berkaitan dengan topik.

Poster persidangan Love and Sex with Robot
Previous
Next Post »
loading...