loading...
loading...

6 Tahun Dikebumikan.. Mayat Di Kedah Ini Masih Elok

SUBHANALLAH.. sesungguhnya orang yang beriman akan sentiasa dijaga Allah SWT meskipun di dalam kubur.
Sejak semalam, beberapa keping gambar memperlihatkan sekujur mayat yang dijumpai sekumpulan penggali kubur di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Tukang Jusoh, Kuala Muda, Kedah tersebar menjadi viral di laman sosial.
Difahamkan, mayat yang tidak dapat dipastikan gerangan empunya namanya itu telah dikebumikan pada tahun 2009.
Bagaimanapun apa yang mengejutkan, mayat tersebut ditemui dalam keadaan masih sempurna dan kain kafannya masih elok meskipun sudah enam tahun dikebumikan.
Untitled12
12107088_972312082832971_1910814600159819906_n
12115494_972312069499639_89157831440670538_n
12140559_972312079499638_7815367335425235923_n
Walhal, jika difikirkan dengan logik akal, kebiasaannya mayat dan kain kapan akan reput walaupun tidak sampai setahun berada di dalam tanah.
Bagaimanapun, segalanya tidak mustahil kerana kejadian seumpama ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT buat hambaNya yang bertuah.
Previous
Next Post »
loading...