loading...
loading...

6 Filem Yang Mesti Anda Tonton Pada Oktober Ini

Ingin tahu filem menarik yang perlu anda tonton untuk bulan Oktober ini? Jom tengok senarainya di sini. Jadi ada baiknya anda “mark”  kalendar anda supaya tidak ketinggalan menonton filem-filem terbaik bulan ini.
1. The Walk
Watak filem berunsur drama dan biografi ini dimainkan oleh aktor kacak Joseph Gordong-Levitt sebagai seniman berasal dari Perancis, Philippe Petit. Berdasarkan kisah sebenar hidupnya, Petit berjaya menyeberangi menara tertinggi di dunia iaitu  World Trade Center (WTC) dengan menggunakan wayar sahaja.
Nak tahu bagaimana dia mencipta rekod dunia ini? Jangan lupa saksikan filem ini.

2. The Last Witch Hunter
Filem aksi dan fantasi ini merupakan filem yang wajib ditonton jika anda merupakan peminat Vin Diesel. Filem ini menampilkan Vin Diesel memainkan watak sebagai  seorang  pemburu ahli sihir. Filem ini bakal menemui penonton pada 23 oktober ini.

3. Crimson Peak
Inilah salah satu filem karya Guillermo del Toro yang dinanti-nantikan peminat filem seluruh dunia.  Dengan barisan pelakon seperti  Tom Hiddleston, Mia Wasikowska, Jessica Chastain, dan Charlie Hunnam, filem ini menceritakan seorang penulis yang pindah ke sebuah rumah yang penuh dengan misteri dan teka-teki. filem ini bakal hadir pada minggu ketiga bulan Oktober.

4. Goosebumps
Filem diadaptasi dari novel klasik ini pasti menghiburkan anda.  Novel yang melakar kejayaan pada awal tahun 90-an ini mengisahkan tentang RL Stine (Jack Black) yang merupakan seorang penulis buku  berusaha mengunci  bukunya agar kumpulan raksasa tidak boleh keluar. Filem ini juga turut dibintangi  oleh Dylan Minnette, dan Odeya Rush.


5. PAN
PAN mengisahkan tentang Peter, anak yatim piatu berusia 12 tahun yang dibawa oleh kapal laut Blackbeard ke dunia magik, Neverland. Di sana dia bertemu dengan Tiger Lily yang merupakan penduduk asli pulau Neverland. Takdir telah membawa Peter berjuang bersama Tiger Lily dan Hook untuk menyelamatkan Neverland dari kapal laut yang kejam, Blackbeard. Filem ini bakal menemui penonton pada 9 Oktober.

6. Juvana 2
Siapa dari kalangan anda peminat filem Juvana? Ya, Johan As’ari, Zahiril Adzim, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi yang berlakon dalam Juvana. Atas sambutan yang mengalakkan, pengarah Juvana, Faisal Ishak dan produksi telah memutuskan untuk menghasilkan Juvana 2. Pengambaraan yang telah dilakukan April tahun lalu bakal menemui penonton 29 Oktober 2015 ini.
Previous
Next Post »
loading...