loading...
loading...

Bendera Palestin Di PBB, Mahmoud Abbad Sifatkan Ia Sebagai 'Saat Harapan'


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibhgK3QJ2vqwRcFRf0pZoCo_ZmMB-YE_F_GpbPJ3kqoz3nyA5LN_kf0swWXr-ag4lEhvV21FNqBpMDPPat5JQeKRNxWsudHmbYHKdkEkLcw9bDM56jI9TADjoKd3nvZJLVr1S2GcV-4uo/s640/


Palestin melakar sejarahnya apabila buat pertama kalinya berjaya mengibarkan benderanya di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Acara menaikkan bendera itu disempurnakan oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada hari Rabu (Khamis di Malaysia) sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan turut dihadiri oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.

Mahmoud menyifatkan upacara itu sebagai 'saat harapan'.

Pada 2012 Palestin mendapat status pemerhati bukan anggota di PMM dan Perhimpunan Agung PBB 10 September lalu membenarkan Palestin mengibarkan benderanya di ibu pejabat dan pejabat-pejabat PBB.

Palestin dan Israel sehingga kini saling bertelagah sejak enam dekad lalu susulan pencerobohan dan kependudukan Israel di negara berkenaan.
Previous
Next Post »
loading...