
2. 'Fundamentals' kepada ekonomi negara pada waktu itu dan sekarang adalah hampir serupa dan tidak banyak berbeza. Tetapi persoalannya, mengapa Ringgit sudah memasuki tahap 'freefall' seperti hari ini?
3. Inilah akibatnya apabila persepsi terhadap pemimpin negara mempengaruhi persepsi terhadap negara. Pelabur mana tidak berasa curiga untuk membuat pelaburan dalam ekonomi negara jika persepsi tersebut wujud dan semakin menebal?
4. Kejatuhan Ringgit ke tahap freefall ini juga membawa makna bahawa Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah gagal dalam membawa kemakmuran kepada negara.
5. Ketika Najib mengambil tampuk kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2009, Ringgit berada di paras 3.5 berbanding dengan dolar AS. Hari ini pula sudah mencapai 4.41. Ini bermakna transformasi yang dibawa Najib seperti 1Malaysia, ETP (Economic Transformation Programme) dan GTP (Government Transformation Programme) telah gagal sama sekali.
6. Namun yang menerima padah daripada kegagalan Najibnomics ini adalah rakyat dan negara.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon