loading...
loading...

KKM ingatkan risiko penyakit selepas banjir


SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai mengenai risiko jangkitan penyakit leptospirosis dan melioidosis yang boleh berlaku selepas banjir.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan pemantauan yang dilakukan,  KKM mendapati tren notifikasi penyakit tersebut adalah meningkat.





“Sejumlah 146 kes disyaki leptospirosis telah dilaporkan di negeri-negeri yang terlibat banjir di antara 11 hingga 13 Januari dan dari jumlah tersebut sebanyak lima kes telah disahkan positif leptospirosis.  Manakala setakat semalam sebanyak tujuh 7 kes melioidisis telah disahkan positif di Pahang.

“Bagi sukarelawan yang terlibat dengan sebarang aktiviti termasuk aktiviti pembersihan di kawasan terjejas banjir adalah berisiko mendapat jangkitan leptospirosis dan melioidosis.

“Sehubungan itu, adalah dinasihatkan mereka yang mengalami sebarang tanda atau gejala penyakit tersebut untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran" dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pengamal perubatan di fasiliti kesihatan awam dan swasta adalah dinasihatkan agar peka dengan situasi semasa dan risiko jangkitan penyakit berkaitan banjir seperti leptospirosis dan melioidosis.

“Pemeriksaan rapi ke atas pesakit dengan sejarah pernah melawat kawasan banjir perlu diberikan perhatian dan rawatan segera,” katanya.

Di antara gejala jangkitan leptospirosis adalah demam, sakit kepala, sakit otot, batuk, muntah, sakit perut, cirit‐birit, radang mata dan jaundis.


Manakala  gejala jangkitan melioidosis pula di antaranya adalah demam, sakit kepala, sakit sendi, batuk, sakit dada, masalah penafasan, ketidakselesaan abdomen, kekeliruan dan jangkitan setempat seperti kudis.
First
loading...