loading...
loading...

Gary Stevan Robbat Digantung Tiga Bulan Didenda RM50000


Gary Stevan Robbat Digantung Tiga Bulan Didenda RM50000. Itulah nasib yang terpaksa diterima oleh bekas pemain Harimau Muda iaitu Gary Steven Robbat. Ini berikutan kekalutan yang timbul hasil daripada tindakan Gary sebelum ini yang ada hubung kaitnya dengan pasukan JDT, Pahang serta Kedah.

Gary Stevan Robbat terpaksa berputih mata untuk menyertai mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia selepas digantung tiga bulan daripada beraksi dalam sebarang kejohanan itu. Pemain itu juga didenda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Keputusan itu dibuat pada mesyuarat persatuan itu pada Jumaat.


Gary Stevan Robbat

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menyatakan mereka tidak berniat menyusahkan mana-mana pihak dalam isu pemain Gary Steven Robbat, tetapi ia hanya mematuhi peraturan yang dirangka sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang juga Menteri Besar Kedah, berkata KFA berpendapat bekas pemain Harimau Muda yang berasal dari Kulim itu milik Kedah dan mahu beliau kembali ke negerinya. “Apa yang telah berlaku sangat-sangat kita kesali, kerana kita (KFA) bukan bertujuan hendak menyusahkan mana-mana pihak tetapi peraturan itu diwujudkan oleh FAM sendiri, jadi bukan kita hendak pandai-pandai tambah peraturan tetapi ini peraturan FAM,” katanya.

Gary didakwa menandatangani kontrak dengan dua pasukan iaitu Johor DarulTa’zim (JDT) dan Pahang musim ini. Menurut Mukhriz, peraturan FAM adalah jelas di mana ia menghendaki mana-mana pemain Harimau Muda yang telah tamat kontrak dengan pasukan remaja negara itu perlu kembali ke pasukan negeri kelahiran masing-masing. Beliau mengesyorkan supaya Gary kembali ke Kedah dan mengadakan perbincangan dengan persatuan negeri.


Previous
Next Post »
loading...