loading...
loading...

[VIDEO] Speaker minta PM tak jawab soalan berkaitan 1MDB




Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menjawab soalan yang mengaitkan syarikat pelaburan 1MDB.
Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) hari ini bangun untuk bertanya kepada Najib sama ada keyakinan pelabur asing akan terjejas terhadap negara apabila isu 1MDB masih belum dijawab dan akan menyebabkan lebih banyak kesan negatif serta tumpuan dari media asing.
Selepas soalan itu ditanyakan Pua, Pandikar kemudian meminta Najib tidak menjawab soalan tersebut kerana didakwa melencong dari soalan asal.
"Yang Berhormat tak perlu jawab, soalan ini amat melencong dari soalan asal.
"Yang berhormat kalau saya benarkan untuk bertanya sehingga tiga soalan, ambil kesempatan tanya soalan yang bukan politik. Ahli yang berhormat, terpulang pada perdana menteri nak jawab atau tak menjawab," kata Pandikar dalam Dewan Rakyat.
Selepas itu, Najib kemudian bangun dan berkata, pembangkang memang sering mengambil kesempatan.
Justeru itu, beliau berkata pencapaian ekonomi negara ini antara tertinggi di dunia dan isu yang melibatkan 1MDB diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Memang dia mencari kesempatan sepanjang masa tapi fakta pencapaian kita yang penting.
"Pencapaian ekonomi kita antara tertinggi di dunia. Maknanya isu ini, yang diwar-warkan secara tersusun, tapi kita akan beri jawapan sebab saya bertanggungjawab pada rakyat dan serah pada PAC untuk tentukan dan kita ada proses.
"Jadi tak ada apa yang patut risau. Proses akauntibiliti akan tetap berjalan di negara kita," kata Najib.




Previous
Next Post »
loading...