loading...
loading...

4 Hari Tayangan, Animasi Boboiboy Hampiri Kutipan RM4 Juta

Filem animasi BoBoiBoy: The Movie kini telah berjaya mengutip RM3.5 juta bagi empat hari tayangan, mulai Khamis lalu. Filem animasi terbitan Animonsta Studio dan edaran Primeworks Studios itu menunjukkan kutipan luar biasa sejak hari pertama ditayangkan.
Selain itu, filem ini juga turut berjaya mengaut RM500,000 apabila ditayangkan di 107 pawagam di seluruh negara termasuk Brunei Darussalam. Kata Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Tengku Iesta Tengku Alaudin, berkata sambutan penonton terhadap filem itu agak luar biasa.

1- 4 Hari Tayangan, Boboiboy Hampiri Kutipan RM4 Juta - ROTIKAYA
“Ini adalah sambutan yang agak luar biasa apabila melihat graf kutipan naik mendadak hingga semalam (kelmarin). Saya melihat fenomena ini berlaku selepas industri perfileman kita sudah lama tidak menerbitkan filem animasi yang sudah mempunyai jenama kukuh”
“Selain itu, faktor lain adalah jalan cerita BoBoiBoy: The Movie yang bersifat kekeluargaan. Malah, kebanyakan penonton yang berkunjung ke pawagam adalah dalam kumpulan berkeluarga. Saya menjangka kutipan filem ini akan terus meningkat apatah lagi dalam musim cuti sekolah yang bermula Sabtu ini,” katanya yang dihubungi BH Online.
Previous
Next Post »
loading...