loading...
loading...

Video Pekerja Indonesia Dipukul Dengan Getah Paip Viral, Dikongsi Lebih 88,000 kali

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_uwJxLhgHKX2E5kb9dGwukTnjyU6Znv9ZNK2V3vIcmV5XEwzAETwab5j2U-hzrShymSdlUUnOeZEhWOJtMcdvkvsmpQv6HuiaSTUeCMQ8IC19nSTuuovmi8SQVIjL4f7fWbIIUMa1aM4/s640/

Satu 
video seorang lelaki warga Indonesia dipukul tanpa belas kasihan menggunakan paip getah selepas didakwa mencuri wang syarikat menjadi viral di laman sosial.

Menerusi rakaman video yang berdurasi selama 2 minit 10 saat itu, kedengaran bunyi mengerang yang dipercayai mangsa yang kesakitan setelah berulang-ulang kali merayu agar tidak dipukul.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian terbabit berlaku.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang aduan mengenai kes tersebut.

"Setakat ini, polis belum terima sebarang maklumat lagi," katanya.

Sinar Online melaporkan, antara dialog kejadian berbunyi seperti berikut.

"Aduh sakitnya tangan aku, mati aku bang…aku minta tolong jangan pukul lagi..saya sumpah bukan saya yang lakukan,” kata pekerja tersebut.

Bagaimanapun, rayuan lelaki terbabit tidak diendahkan oleh lelaki yang memukulnya itu.



Cakap, kamu sudah curi company punya wang (duit syarikat),” kata lelaki tersebut sebelum menendang muka pekerja yang tidak melawan.



Setakat ini, setelah 24 jam video itu dimuat naik, video berkenaan telah menerima lebih 16,000 likes dan lebih 88,000 perkongsian.


Video kejadian : 
Previous
Next Post »
loading...