loading...
loading...

‘Selalu Tak Dapat Bersama’ – Alasan Nak Kahwin Lain Lelaki ‘Alim’ Ini Buat Ramai Wanita Berang

main photo fahri
Sekadar gambar hiasan
Tidak dapat dinafikan, sebenarnya masih ramai orang yang polos dan naif dalam soal hati dan perasaan serta tidak mempunyai pengalaman bercinta walaupun telah menginjak ke usia dewasa. Sesetengah orang terlalu berhati-hati kerana bimbang tersalah langkah dalam memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengharapkan cinta pertama untuk menjadi cinta terakhir mereka — macam-macam sebab dan alasan.
Dengan situasi hari ini di mana wanita lebih ramai daripada lelaki, kes-kes seperti bercinta atau berkahwin dengan ‘suami orang’ kadang-kadang memang tidak dapat dielakkan. Tapi, jangan melatah salahkan perempuan dulu! Ikuti luahan hati wanita yang hampir terjebak dengan suami orang ini.

’25 Tahun Dan Tak Pernah Bercinta’

risteena
Sekadar gambar hiasan
Hari ni aku ada benda nak luahkan, so aku rasa mcm nak jugak join confess dlm ni.. Aku ni perempuan biasa-biasa je.. Umur 25.. Alhamdulillah tak pernah bercinta lagi.. Tapi ramai dah mula bising-bising cakap aku sepatutnya dah ada steady boyfriend sekarang, atau someone yg special.. Herrr, ingat senang ke?? Huhuuu.. Aku ni kalau cakap dengan lelaki, terketar-ketar lutut, serius memanjang walaupun sbnarnya aku jenis gila-gila.. Ada sesiapa yang sama situasi macam aku tak?

‘Islamik’ Tapi Mengaku Nak Kahwin Lagi Sebab Nafsu!

hand
Ada jugak yg nak cuba-cuba kawan, tapi seriously, aku bukan jenis reti sangat nak berkawan dengan laki.. Wuwuwuu..Tapi baru-baru ni ada lelaki yang cuba merisik-risik kat FB ni.. Memang islamik kemain lagi.. Aku balas biasa-biasa je, layan tak layan sama banyak.. Memang tak dinafikan, aku mcm terniat jugak untuk kenal dia lebih dalam, sebab dia mcm islamik kan.. Siapa tak nak lelaki islamik?? Bila sembang-sembang, rupa-rupanya dia ni dah kahwin.. Woww!.. Dah kahwin 2 tahun, anak dah ada sorang.. Aku tanya dia, kenapa nak kahwin lagi? Dia jawab sebab dia dengan isteri dia kerja shif, selalu tak dpt bersama.. Herrrr.. Aku speechless! Dia mengaku sebab nafsu.. Tapi dia cover-cover sikit lah, dia cakap dia boleh berlaku adil, isteri dia izinkan and part paling best, dia keluarkan habis semua dalil ayat Quran hadis sunnah semua laaa.. Eeeeee, Ya Allah, aku rasa macam nak belasah je dia!!.. Kesian giler kot isteri dia sebab dapat suami mcm ni.. Habis je dia ceramah kat aku pasal poligami, aku pulak ceramah kat dia.. Tapi aku tak reti la nak keluarkan hadis dalil semua tu.. Aku cuma cakap fakta je..

“Dah Kahwin Buat Cara Dah Kahwin!”

edited ayat2 cinta
Sekadar gambar hiasan
Korang yang lelaki, kalau dah kahwin tu, buat lah cara dah kahwin.. Hargai isteri sendiri.. Ada masalah jangan nak fikir kahwin lain je.. Discuss dengan isteri baik-baik.. Jangan sampai orang luar tau masalah kau, tapi isteri sendiri tak tau apa masalah kau.. Amanah kau besar bila kau jadi seorang suami.. Haisyyy, aku mula la nak ceramah nii.. Ok la.. Tu je confession aku.. Rasa mendidih pulak bila cakap pasal ni..

Tak Halang Poligami!

fahri
Sekadar gambar hiasan
Ehhhh, tapi tapi tapi , jangan salah faham pulak ye.. Nanti cakap aku ni 100% halang poligami.. Aku tak halang kalau memang betul ada masalah, contohnya dah kahwin bertahun-tahun, tapi takde anak.. Atau isteri tu ada masalah ke, atau apa-apa masalah yang munasabah.. Jangan sebab nafsu, kau asyik nak fikir kahwin lain.. Tu bukan penyelesaian terbaik! Ok bro bro sekalian? Aku tau, ramai lelaki yang baik kat luar tu kan.. Harap-harap aku dapat la jumpa lelaki baik.. Dan doakan aku jadi perempuan yang baik jugak.. InsyaAllah..
Sumber: IIUM Confession
Previous
Next Post »
loading...