loading...
loading...

Ahmad Bashah Akan Diumum MB Baru

KUALA LUMPUR – Kemelut jawatan Menteri Besar Kedah dijangka berakhir pagi ini (Rabu- 3 Februari) apabila Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah akan diumumkan sebagai Menteri Besar yang baharu.
Dijangka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din akan mengumumkan nama Menteri Besar baru itu selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya melalui satu sidang media pada pukul 10 pagi.
mynewshub.cc
Keputusan tersebut dicapai setelah jemaah pangkuan raja selesai bermesyuarat pada malam tadi di Istana Anak Bukit.
Sejak 20 Jan lepas, suasana politik di Kedah ‘panas’ apabila Mukhriz menerima tekanan daripada barisan kepimpinan UMNO Kedah yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Previous
Next Post »
loading...