loading...
loading...

Ramai Berang Anzalna Pose Terlalu Menggoda Dalam Gambar Pra-Perkahwinan


BAKAL diijabkabulkan pada 21 Februari ini, aktres cantik Anzalna Nasir turut tidak terkecuali menjayakan sesi photoshoot gambar pra perkahwinan bersama bakal suaminya, Hanif Zaki. 

Hasilnya memang sangat cantik dan mengagumkan, malah Anzalna, 28; kelihatan anggun menggayakan gaun merah terang yang sangat cocok dengan kulitnya yang putih mulus itu. 


Gaun itu ditaja pereka fesyen Ashraff Zainal selain wajah jelita Anzalna dihias cantik oleh jurumekap artis, Emmy Agung. 


Anzalna dan Hanif bakal mengadakan dua majlis resepsi pada 27 Februari dan 3 April depan bagi meraikan majlis penyatuan dua hati mereka. 


Bakal mempelai difahamkan bakal menyarung busana rekaan Rizalman Ibrahim, Cosry dan Rizman Ruzaini untuk ketiga-tiga majlis yang telah direncanakan bagi melancarkan hari bahagia mereka. 


Tahniah diucapkan buat Anzalna dan Hanif! 
Previous
Next Post »
loading...