loading...
loading...

Dato' Siti Pilih Untuk Lebih Banyak Berehat Pada Tahun 2016


Umum tahu mengenai kisah duka penyanyi nombor satu negara Dato' Siti Nurhaliza. Tidak mahu menoleh ke belakang lagi, penyanyi ini menjelaskan tahun 2016 akan menjadi tahun untuk mengehadkan pembabitannya di dalam bidang nyanyian.

Ini kerana Siti mahu lebih fokus untuk hamil dan pengalaman lalu mengajar penyanyi ini untuk lebih berhati-hati selepas ini. Dalam pada itu, anak kelahiran Pahang ini turut redha dengan segala ketentuan ilahi dan menganggap perkara lepas sebagai peringatan dari yang maha Esa.
Penyanyi ini turut mengakui dimasa awal kehamilan dia sedang sibuk menjalani konsert dan tetap memilih untuk meneruskannya kerana pelbagai persiapan telah dibuat. Namun dalam masa yang sama, penyanyi ini tidak menyalahkan mana-mana pihak dan buat masa kini memilih untuk lebih banyak berehat di rumah.
Mengenai jadual pada tahun ini tiada sebarang konsert besar akan diadakan tetapi tetap akan menerima tawaran persembahan bagi skala yang kecil. Kagum dengan semangat penyanyi ini untuk menimang cahaya mata. Diharapkan agar niat murni pasangan ini akan membawa cahaya kegembiraan untuk mereka sekeluarga seterusnya dapat dikongsikan bersama peminat semua.
Previous
Next Post »
loading...