loading...
loading...

BR1M 2016 MASUK AWAL JUMAAT INI??? SEMAK SEKARANG DAN SHARE ATAU TAG KAWAN-KAWAN ATAU AHLI KELUARGA ANDA SUPAYA MEREKA TAHU




Ramai yang bertanya akan jadual duit BRIM masuk akaun. Sebenarnya pembayaran BRIM dibuat tiga kali setahun dan jumlah bayaran bergantung kepada kategori. Pembayaran BRIM kepada kategory bujang hanya sekali, iaitu RM300 (tahun 2015) pada awal tahun kerana jumlah BRIM untuk bujang paling sedikit berbanding dengan bantuan untuk isi keluarga.

Isi rumah yang berpendapatan 3 ribu dan ke bawah akan menerima RM300 pada bulan Januari awal tahun, seterusnya RM300 pada bulan pertengahan Mei dan RM350 pada hujung bulan September.

Manakala bagi isi rumah yang berpendapatan 4 ribu akan menerima RM200 pada bulan Januari, seterusnya RM200 pada bulan pertengahan bulan Mei dan RM350 pada 28 bulan September.

Pengambilan baucher boleh dibuat di kaunter BSN sekiranya anda tidak menerima apa-apa selepas sebulan dari tarikh pembayaran. Kes sebegitu boleh berlaku kerana terdapat sesetengah pemohon meletakkan alamat rumah yang tidak tepat semasa kemaskini BRIM, menyebabkan pihak berkenaan mengalami kesukaran menyampaikan baucher ke rumah.

Kepada yang membuat rayuan pula, baki akan ditambah ke pembayaran yang seterusnya. Contoh anda tidak mendapat apa-apa pada bulan Januari, baki akan ditunggak dan dibayar dalam bulan Mei dan September. Borang rayuan boleh didapati di kaunter LDHN atau dengan penghulu kampung masing-masing.

Dimaklumkan bahawa tidak semua bank (Maybank, CIMB dan lain-lain) akan membayar secara serentak, maka tiada tarikh bayaran yang dinyatakan atas sebab demikian. Kami akan membuat update pada facebook page berkenaan bank yang telah membuat bayaran mengikut maklumat saluran member kami. Sila ikut perkembangan maklumat di Facebook kerana BRIM 2016 akan dibahagi tidak lama lagi.
Previous
Next Post »
loading...